Malaysia legislation

Section 9

of ORDINAN DARURAT (STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA) (PINDAAN) 2021

Seksyen 9

Seksyen baharu 24FA dan 24FB

Akta dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24F seksyen yang berikut:

“Kuasa Ketua Pengarah untuk mengarahkan penggantian, pengubahan dan pembaikan penginapan dan kemudahan

24FA. (1) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana penginapan atau kemudahan yang disediakan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat kepada pekerja tidak mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini,

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu notis kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengganti, mengubah atau membaiki penginapan atau kemudahan itu dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam notis itu.

(2)

Semua perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat itu.

P.U. (A) 77 7

(3)

Majikan atau penyedia penginapan berpusat tidak boleh mendapatkan kembali daripada pekerja perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pegarah untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan penginapan sementara

24FB. (1)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya perlu bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja, mengeluarkan suatu notis kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk memberi arahan lanjut kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat yang kepadanya arahan telah diberikan di bawah subseksyen 24FA(1) untuk menyediakan penginapan sementara bagi pekerja itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam menjalankan penggantian, pengubahan atau pembaikan penginapan atau kemudahan itu.

(3)

Seksyen 24D tidak terpakai bagi penginapan sementara yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Semua perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1), termasuk kos bagi pengangkutan pekerja dari penginapan

P.U. (A) 77 8

ke penginapan sementara, sewa penginapan sementara dan perjalanan pekerja di antara tempat pekerjaannya dengan penginapan sementara hendaklah ditanggung oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat.

(5)

Majikan atau penyedia penginapan berpusat tidak boleh mendapatkan kembali daripada pekerja perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1).

atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 26

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “kuasa dan kewajipan” perkataan “dan melantik orang lain”;

(b)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);

(c)

dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“Akta

Kerja 1955”

perkataan “, subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh [Sabah Bab 67] atau subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh [Sarawak Bab 76]”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “Akta Taman Asuhan

Kanak-Kanak 1984

[Akta 308]”

perkataan

“dan mana-mana pegawai lain”; dan

P.U. (A) 77 9

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, tertakluk kepada sekatan dan syarat yang boleh ditentukan, melantik mana-mana orang lain yang sesuai untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh Akta ini dan tiap-tiap kewajipan yang dilaksanakan dan tiap-tiap kuasa yang dijalankan sedemikian hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dan dijalankan bagi maksud Akta ini.”.

Pindaan seksyen 27

“(aa) untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat pekerjaan atau mana-mana bangunan yang, dia percaya, digunakan oleh seorang majikan atau penyedia penginapan berpusat bagi penginapan pekerjanya;’’; dan

“(4) Seksyen 82 dan 83 Akta Kerja 1955, seksyen 129 Ordinan Buruh

[Sabah Bab 67] atau seksyen 129 Ordinan Buruh [Sarawak Bab 76], mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai bagi penyampaian suatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”.

P.U. (A) 77 10

Pindaan seksyen 28B dengan perkataan “di bawah subseksyen 26(1) atau mana-mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 26(2)”.

Pindaan seksyen 29

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “dan pegawai” dengan perkataan “, pegawai dan orang lain”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “di bawah seksyen 26” dengan perkataan

“di bawah subseksyen 26(1) dan mana-mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 26(2)”.

Pindaan seksyen 33

Section 9 — ORDINAN DARURAT (STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA) (PINDAAN) 2021