Malaysia legislation
Section 25
of AKTA LEMBAGA PENDAFTARAN DAN PELESENAN MINYAK KELAPA SAWIT (PEMERBADANAN) 1976
Seksyen 25
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki oleh Merinyu Minyak Kelapa
Sawit atau pegawai kastam itu-
(a)
memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan
Merinyu Minyak Kelapa Sawit atau pegawai kastam itu memeriksanya; dan
(b)
membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil semua langkah yang perlu untuk memboleh atau memudahkan penjalanan apa-apa pemeriksaan sebagaimana yang difikirkan perlu dibuat oleh Merinyu Minyak Kelapa Sawit atau pegawai kastam itu.
Sub.AA735