Malaysia legislation

Section 55

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 55

Pindaan seksyen 78o

Seksyen 78o Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika pemohon menetapkan Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini bagi permohonan antarabangsa yang melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon itu atau mana-mana orang lain dengan

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa

Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan antarabangsa itu.”.