Malaysia legislation

Section 11F

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 11F

(2)

Pemegang lesen boleh, dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar, melantik mana-mana orang bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberikan kepadanya di bawah lesen itu, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang sedemikian menjalankan mana-mana hak sedemikian.

Pemegang Pajak Gadai 19

(3)

Pendaftar boleh membenarkan pemindahan sesuatu lesen jika—

(a)

pemegang lesen itu—

(i)

sebagai syarikat, dilikuidasikan dan seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang pajak gadai syarikat itu; atau

(ii)

sebagai pertubuhan, firma atau kumpulan orang yang lain, dibubarkan dan seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang pajak gadai pertubuhan, firma atau kumpulan orang yang lain itu; atau

(b)

kerana apa-apa sebab lain Pendaftar berpuas hati bahawa adalah adil untuk membenarkan pemindahan sedemikian.

(4)

Kecuali jika Pendaftar telah memberikan persetujuan atau kebenarannya di bawah subseksyen (2) atau (3), pemegang lesen yang berupa sebagai memindahkan atau memindahhakkan lesennya kepada mana-mana orang lain, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan lesennya atau mengadakan perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang pajak gadai apabila habis tempoh lesen

Section 11F — PAWNBROKERS ACT 1972 | mylaw.my