Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 21

Mana-mana orang yang mengaku sebagai berhak untuk memegang apa-apa surat pajak gadai yang dikeluarkan oleh mana-mana pemegang pajak gadai dan yang mengatakan bahawa surat pajak gadai itu telah hilang, binasa atau didapati daripadanya dengan fraud, boleh memohon daripada pemegang pajak gadai itu suatu salinan catatan dalam bukunya mengenai sandaran itu, dan pemegang pajak gadai itu hendaklah memberikan salinan itu dengan percuma dan dengan tidak berlengah; dan walau apa pun peruntukan seksyen 18, hendaklah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh permohonan itu enggan menyerahkan barang itu kepada mana-mana orang yang mengemukakan surat pajak gadai itu:

Dengan syarat bahawa apabila mana-mana orang membuat permohonan itu, adalah sah bagi seseorang Majistret memberikan apa-apa perintah kepada pemegang pajak gadai itu mengenai penyerahan sandaran itu atau mengenai pengeluaran suatu surat pajak gadai baharu bagi sandaran itu, mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret itu dan pemegang pajak gadai hendaklah menjalankan perintah itu.