Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 31

Harta curi

(2)

Jika mana-mana harta yang menepati senarai dan perihal itu ada dalam milik mana-mana pemegang pajak gadai atau kemudiannya ditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana pemegang pajak gadai, dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu memberikan maklumat mengenainya di balai polis yang paling hampir atau kepada mana-mana pegawai polis, bersama dengan nama dan alamat orang yang dalam miliknya ada ternampak harta itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Pegawai polis boleh menangkap orang dalam hal keadaan yang menimbulkan syak