Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 34

Pemulangan sandaran yang didapati dengan curang kepada pemunya oleh pemegang pajak gadai

Majistret didapati bahawa apa-apa barang yang telah hilang atau yang didapatkan atau diperoleh dengan curang atau dengan fraud dipegang sebagai pajak gadai oleh mana-mana pemegang pajak gadai, mahkamah atau Majistret itu boleh mengambil keterangan mengenai pemajakgadaian itu, dan jika difikirkan patut oleh mahkamah atau Majistret itu boleh memerintahkan supaya barang itu diserahkan kepada pemunyanya sama ada dengan dibayar kepada pemegang pajak gadai itu jumlah wang yang telah dipinjamkan atasnya dan keuntungan yang kena dibayar, atau dengan dibayar mana-mana bahagian pinjaman atau keuntungan itu, atau tanpa bayaran, sebagaimana yang difikirkan adil dan wajar memandang kepada kelakuan pemunya dan pemegang pajak gadai itu dan hal keadaan kes itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 32

BAHAGIAN IVA

PENYIASATAN, PENGGELEDAHAN DAN TANGKAPAN