Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Notis awam
Seseorang Majistret boleh memerintahkan bahawa notis awam yang difikirkannya patut hendaklah diberikan bagi meminta semua orang yang menuntut sesuatu kepentingan atas apa-apa barang yang dilucuthakkan di bawah Akta ini untuk membuat tuntutan dalam suatu tempoh yang ditetapkan dan boleh membuat keputusan atas apa-apa tuntutan yang dibuat; dan selepas tamat tempoh itu semua barangan yang tidak dituntut sedemikian hendaklah menjadi harta Kerajaan dan boleh dilupuskan dengan lelongan awam atau dengan selainnya sebagaimana yang diarahkan oleh Majistret itu.