Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Kuasa membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat permohonan bagi mendapatkan lesen, termasuk borang yang hendaklah digunakan, syarat yang hendaklah dipatuhi, dan dokumen serta maklumat yang hendaklah dikemukakan berkenaan dengan permohonan sedemikian;
(b)
perkara yang hendaklah dipertimbangkan berkenaan dengan pemberian sesuatu lesen kepada seseorang;
(c)
tatacara berkenaan dengan penyerahan, penggantungan dan pembatalan lesen;
(d)
tatacara bagi pengeluaran salinan sesuatu lesen, jika lesen itu hilang atau musnah;
(e)
kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan sedemikian;
(f)
fi yang kena dibayar, cara pembayaran fi dan orang yang kena membayar fi, pengecualian mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran fi sedemikian, atau pengurangan fi sedemikian;
Pemegang Pajak Gadai 53
(g)
bentuk daftar dan rekod lain yang hendaklah disimpan dan disenggarakan oleh Pendaftar, tatacara dan perkara lain yang berhubungan dengan pembukaan, penyenggaraan dan penutupan daftar, pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar atau rekod, pembekalan salinan daftar atau rekod dan fi yang kena dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan sedemikian;
(h)
bentuk surat pajak gadai yang hendaklah digunakan oleh pemegang pajak gadai dan perkara lain yang berhubungan dengan surat pajak gadai sedemikian;
(i)
borang yang hendaklah digunakan oleh pemegang pajak gadai untuk mengemukakan penyata kepada pemajak gadai di bawah seksyen 25.
(3)
Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran peruntukan peraturan-peraturan sedemikian hendaklah menjadi suatu kesalahan dan boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pengecualian