Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Tertakluk kepada Akta ini, pemansuhan Ordinan dan Enakmen di bawah seksyen 47 atau apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang itu untuk didakwa atau dihukum kerana kesalahan yang dilakukan di bawah
Ordinan dan Enakmen tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan itu, atau apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) yang diambil atau apa-apa hukuman yang dijatuhkan sebelum tarikh itu mengenai kesalahan itu.