Malaysia legislation

Section 8A

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 8A

(a)

jika—

(i)

apabila pemohon merupakan orang individu, pemohon itu;

(ii)

apabila pemohon merupakan suatu syarikat, pengarah, pengurus besar, pengurus atau setiausaha bagi syarikat itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dalam syarikat itu;

(iii)

apabila pemohon merupakan suatu pertubuhan, presiden, naib presiden, setiausaha atau bendahari

Pemegang Pajak Gadai 13

bagi pertubuhan itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dalam pertubuhan itu;

(iv)

apabila pemohon merupakan suatu firma atau kumpulan orang yang lain, pekongsi atau mana-mana anggota firma atau kumpulan orang itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa itu, ialah orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan, atau kesalahan di bawah

Bab XVI atau XVII Kanun Keseksaan [Akta 574], atau seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(b)

jika pada masa permohonan itu dibuat—

(i)

apabila pemohon merupakan orang individu, pemohon itu;

(ii)

apabila pemohon merupakan suatu syarikat, pengarah, pengurus besar, pengurus atau setiausaha bagi syarikat itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dalam syarikat itu;

(iii)

apabila pemohon merupakan suatu pertubuhan, presiden, naib presiden, setiausaha atau bendahari bagi pertubuhan itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dalam pertubuhan itu;

(iv)

apabila pemohon merupakan suatu firma atau kumpulan orang yang lain, pekongsi atau mana-mana anggota firma atau kumpulan orang itu atau mana-mana orang yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa itu, telah, disebabkan oleh suatu sabitan bagi kesalahan di bawah Akta ini, dihukum denda yang melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan (selain pemenjaraan kerana ingkar membayar denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit);

(c)

jika pemohon bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana perniagaan pemegang pajak gadai, dan lesen bagi perniagaan itu telah dibatalkan;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 14

(d)

jika keterangan yang memuaskan telah dikemukakan—

(i)

apabila pemohon merupakan orang individu, pemohon itu;

(ii)

apabila pemohon merupakan suatu syarikat, pengarah, pengurus besar, pengurus atau setiausaha bagi syarikat itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dalam syarikat itu;

(iii)

apabila pemohon merupakan suatu pertubuhan, presiden, naib presiden, setiausaha atau bendahari bagi pertubuhan itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa dalam pertubuhan itu;

(iv)

apabila pemohon merupakan suatu firma atau kumpulan orang yang lain, pekongsi atau mana-mana anggota firma atau kumpulan orang itu atau mana-mana orang lain yang memegang jawatan atau kedudukan yang serupa itu, berwatak buruk atau bukanlah orang yang layak dan patut untuk memegang lesen.

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pendaftar untuk mengeluarkan lesen boleh merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Pemberian lesen

Section 8A — PAWNBROKERS ACT 1972 | mylaw.my