Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001

Seksyen 20

Syarat kelayakan

(2)

Tertakluk kepada seksyen 19, mana-mana anak syarikat majikan berdaftar yang kena didaftarkan di bawah Akta ini tetapi belum memulakan penjalanan perniagaannya hendaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatihnya.

(3)

Jika majikan itu terhenti daripada menjadi majikan di bawah Akta ini, majikan itu tidaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini.

(4)

Jika seseorang majikan telah memperoleh kepentingan seorang majikan lain yang didaftarkan di bawah subseksyen 13(1)

atau 15(1), majikan yang mula-mula disebut itu hendaklah menggantikan majikan yang lain itu dan adalah layak untuk menerima atau untuk terus menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pekerja, perantis dan pelatih  majikan yang kepentingannya telah diperoleh.

(5)

Mana-mana majikan yang sedang menerima, atau yang layak untuk menerima, apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah hilang kelayakannya untuk menerima bantuan kewangan atau faedah lain itu jika dia ingkar membuat apa-apa pembayaran levi dan kehilangan kelayakan itu hendaklah kekal sehingga kesemua bayaran yang belum dijelaskan dan faedah atas bayaran itu telah dibayar sepenuhnya.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad 21

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa budi bicara untuk memberikan bantuan kewangan atau faedah lain berhubung dengan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana penyedia latihan bagi apa-apa latihan yang dijalankan oleh penyedia latihan itu bagi majikan yang disebut dalam subseksyen (5) jika jumlah yang belum dibayar adalah berkenaan dengan faedah atas levi sahaja.

(6a)

Walau apa pun subseksyen (5) dan (6), Lembaga boleh, atas permohonan bertulis kepada Perbadanan oleh mana-mana majikan yang disebut dalam subseksyen (5), membenarkan apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain diberi kepada majikan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh  ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Mana-mana penyedia latihan adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(8)

Mana-mana persatuan majikan yang pada pendapat

Perbadanan boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia anggotanya adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah

Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan.

Kewajipan majikan untuk menyediakan dan menyimpan maklumat

Section 20 — PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001