Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 25
(b)
dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang harga bagi syer dan debentur itu disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; atau
(c)
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Panel Pelaburan.
(2)
Apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah Akta ini boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.
(3)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan pembatalan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan dalam mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti.
(4)
Panel Pelaburan hendaklah melaporkan status pelaburannya kepada Lembaga apabila Lembaga meminta Panel Pelaburan berbuat demikian.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
“debentur” termasuk saham, bon, nota atau apa-apa sekuriti atau obligasi lain syarikat, sama ada yang membentuk suatu gadaian ke atas aset syarikat ataupun tidak, dan juga termasuk hak untuk memohon beli apa-apa debentur;
“syer” ertinya syer berbayar (sama ada dibayar sepenuhnya ataupun tidak dibayar sepenuhnya) dalam modal syer syarikat dan termasuk saham dan hak untuk memohon beli apa-apa saham atau syer.