Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kontrak perantisan” ertinya sesuatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan seorang majikan yang mengaku janji untuk mengambil kerja orang itu dan melatih atau menyebabkannya dilatih secara sistematik bagi sesuatu pekerjaan selama suatu tempoh tertentu yang diluluskan oleh Ketua Eksekutif yang dalam perjalanan latihan itu perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu;
“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, yang melaluinya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja, dan termasuk sesuatu kontrak perantisan;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan
Sumber Manusia yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;
“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Perbadanan;
“levi” ertinya levi pembangunan sumber manusia yang dikenakan di bawah seksyen 14 atau 15;
“majikan” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai seorang pekerja, dan termasuk ejen, pengurus atau wakil perniagaan bagi orang yang mula-mula disebut itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen 28;
“Pegawai Penjaga” ertinya Pegawai Penjaga yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 28;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 9
“pekerja” ertinya mana-mana warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, tetapi tidak termasuk mana-mana orang gaji rumah tangga;
“pelatih” ertinya seseorang yang sedang menjalani program latihan amali di premis seseorang majikan;
“penyedia latihan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain yang terlibat dalam latihan atau pembangunan sumber manusia;
“perantis” ertinya seseorang yang sedang menjalani latihan kemahiran dalam sesuatu bidang melalui kontrak perantisan dengan seseorang majikan dan terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu;
“Perbadanan” ertinya Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang disebut dalam seksyen 3;
“persatuan majikan” ertinya mana-mana persatuan majikan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan majikan dan yang anggotanya atau mana-mana daripada anggotanya berdaftar dengan Perbadanan;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(3);
“upah” ertinya gaji pokok dan elaun tetap atau emolumen lain yang serupa jenisnya yang dibayar secara tunai oleh atau bagi pihak seseorang majikan kepada seseorang pekerja, dan termasuk apa-apa bayaran cuti dan tunggakan upah tetapi tidak termasuk—
(a)
apa-apa caruman yang dibayar oleh seseorang majikan bagi pihak dirinya sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim persaraan, skim pemberhentian, penamatan, pelepasan atau pembersaraan pekerja, skim penjimatan atau apa-apa kumpulan wang atau skim lain yang ditubuhkan bagi faedah atau kebajikan pekerja;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
(b)
apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;
(c)
apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada pekerja untuk membiayai perbelanjaan khas yang diperlukannya disebabkan oleh jenis pekerjaannya;
(d)
apa-apa ganjaran yang kena dibayar bagi pembuangan kerja atau persaraan;
(e)
apa-apa bonus atau komisen; atau
(f)
apa-apa elaun yang dibayar kepada seseorang perantis di bawah kontrak perantisan;
“upah bulanan” ertinya upah yang dibayar oleh seseorang majikan kepada seseorang pekerja untuk keseluruhan atau sebahagian bulan pekerja itu bekerja dengan majikan itu.