Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001

Seksyen 5

Tanpa menjejaskan kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Artikel Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang disebut terdahulu—

(a)

memungut dan mendapatkan atau menyebabkan supaya dipungut dan didapatkan semua wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang;

(b)

mengadakan garis panduan bagi pemprosesan permohonan kepada Kumpulan Wang untuk mendapatkan bantuan kewangan;

(c)

menentukan terma dan syarat bagi pembuatan pemberian atau pinjaman daripada Kumpulan Wang, termasuk amaun yang boleh diluluskan berkenaan dengan setiap permohonan;

(d)

menentukan kadar wang daripada Kumpulan Wang yang boleh digunakan bagi pemberian atau bagi pinjaman, termasuk kadar yang boleh diberikan dalam bentuk pemberian atau sebagai pinjaman berkenaan dengan setiap permohonan yang diluluskan;

(e)

menguruskan, mewujudkan, meningkatkan dan menyenggarakan, atau membantu dalam pengurusan, pewujudan, peningkatan dan penyenggaraan kemudahan latihan;

(f)

menguruskan dan menyelia, atau membantu dalam pengurusan dan penyeliaan, pelaksanaan kursus, projek dan program latihan;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 612

(g)

memeriksa apa-apa rekod, akaun dan apa-apa dokumen lain berhubung dengan pemberian, pinjaman atau apa-apa faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana majikan untuk memastikan pemberian, pinjaman atau faedah lain itu digunakan bagi maksud ia diberikan;

(h)

mendapatkan apa-apa maklumat daripada majikan untuk memastikan sama ada mereka dikehendaki supaya mendaftar di bawah Akta ini;

(i)

mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kuasanya atau dalam menjalankan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud-maksud Akta ini;

(j)

memberikan pinjaman atau membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya daripada Kumpulan Wang bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan;

(k)

memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada

Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana penyedia latihan yang pada pendapat Perbadanan dapat menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia;

(l)

memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada

Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana persatuan majikan untuk digunakan bagi pembangunan sumber manusia anggotanya;

(m)

menetapkan tatacara untuk diikuti dalam perkara yang berhubungan dengan kewangan dan akaun Kumpulan

Wang; dan

(n)

melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi pengurusan dan pentadbiran cekap Perbadanan dan Kumpulan Wang.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad 13

Belanjawan

Section 5 — PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001