Seksyen 3
Kenyataan Tanah:
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trgn015y2003/no-524
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PEMBERITAHU LELONGAN AWAM is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 524, currently marked in force.
Kenyataan Tanah:
432 hektar.
Premium Tanah Permulaan
:
RM1,600.00 satu lot (Menurut Peraturan 9 – Peraturan Tanah Terengganu 1966).
Cukai Tahunan
:
RM10.00 sehektar tertakluk kepada
Minima RM8.00 satu lot Menurut
Peraturan 12 (2) (D) (iv) Peraturan Tanah
Terengganu 1966.
Opening note
00.
00.
00.
Syarat Nyata:
Hendaklah ditanam dengan tanaman buah-buahan sahaja.
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindahmilik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran Pentadbir Tanah, Dungun.
Syarat-syarat lelong adalah sebagaimana yang ditetapkan mengikut
Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966:
Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
Penyambut yang tertinggi sekali itulah yang akan menjadi pembeli, asalkan tawarannya itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga tanah permulaan (Harga Rizab).
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 2 (e, f, g, h, i, j) di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula.
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari kesembilan puluh hari (90) daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu, maka hilanglah wang deposit tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pembeli yang gagal itu hilang tuntutan ke atas wang deposit dan tanah itu.
Keterangan hakmilik hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas disempurnakan jualan itu. Jualan tanah itu belum diukur oleh Ketua Juruukur, maka hendaklah dikeluarkan
Keterangan Hakmilik Sementara.
Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan
Surat Keterangan Hakmilik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
404
[17hb Julai 2003
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpan bagi orang-orang Melayu 1360H.
Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah yang tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah Dungun.
Bertarikh 22 Jun 2003.
WAN KHALID BIN WAN JUSOH,
[PTD. 05/19/1999/0023 (21).]
b.p. Pentadbir Tanah,
Dungun