Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Syarat-syarat melelong adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966 seperti berikut:
(i)
Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
25hb Okt. 2007]
1125
(ii)
Penyambut yang tinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawaran itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga khas.
(iii)
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 4
di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula dengan serta merta.
(iv)
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari yang ke seratus dua puluh (120) daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang sedemikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar hilanglah wang cengkeramnya dapat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pembeli yang mungkir itu hilanglah segala tuntutannya kepada tanah itu dijual kemudian dengan sebab mungkirnya itu.
(v)
Surat-surat milik Penyudah hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas habis jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh
Ketua Juruukur maka hendaklah dikeluarkan Keterangan Hakmilik
Sementara.
(vi)
Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan Surat
Keterangan Hakmilik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.