Malaysia legislation
Section 0
Seksyen 0
0830 hektar.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
182
[10hb April 2003
C.
Lain-lain Bayaran:
(i)
Hasil Tahunan
:
RM10.00 sehektar tertakluk kepada minima RM8.00 satu lot. Menurut
Peraturan 12 (2) (D) (vi) – Peraturan
Tanah Terengganu, 1966.
(ii)
Bayaran Pejabat
:
RM40.00 menurut Peraturan 20 (1) 2
dan 3 (C) – Peraturan Tanah
Terengganu, 1966.
(iii)
Bayaran Upah Ukur,
:
RM50.
00.
Batu Sempadan dan
:
RM25.
00.
Persediaan Pelan
:
RM5.00.
(iv)
Suratan Hakmilik
:
Pajakan Mukim 99 tahun.
(v)
Jenis Penggunaan Tanah
:
Pertanian.
Syarat Nyata:
Hendaklah ditanam dengan tanaman buah-buahan sahaja.
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindahmilik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran Pentadbir Tanah, Kuala Terengganu.
D.
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut tafsiran di bawah Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu 1360H.
E.
Lain-lain syarat lelongan hendaklah mengikut Peraturan 26, Peraturan
Tanah Terengganu, 1966.
F.
Syarat-syarat Melelong:
(i)
Pentadbir Tanah berhak membatal/menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
(ii)
Penyambut yang tinggi sekali menjadi pembeli asalkan tawarannya itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga khasnya.
(iii)
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima, maka hendaklah pembeli membayar cengkeram wang tunai sebanyak 25% daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran yang tersebut di dalam
Peraturan 25 (Peraturan Tanah Terengganu, 1966) dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah itu akan dilelong semula.
(iv)
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari yang ke-90 daripada hari jualan tanah yang dibeli itu. Dengan demikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu maka hilanglah wang cengkeramnya, dapat kepada
Pihak Berkuasa Negeri dan pembelian yang mungkir itu hilanglah segala tuntutannya kepada tanah itu atau sebarang bahagian daripada wang harganya sekiranya tanah itu dijual semula dengan sebab mungkirnya.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
10hb April 2003]
183
G.
Barang siapa yang mahu melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah ini, bolehlah datang ke Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada bila-bila masa waktu pejabat.
PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU,
20692 KUALA TERENGGANU.
Bertarikh 9 April 2003.
MOHD. SOPHIAN BIN ABU BAKAR,
[PTK. TR. HM/18/19/1999/0011;
b.p. Pentadbir Tanah,
PTG. TR. 05/15/2002/0023.]
Kuala Terengganu