Malaysia legislation

Section 2

of PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN FAEDAH BAGI PEKERJA ASING) 2024

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan—

(a)

pekerja asing yang berada di luar Malaysia daripada kemudahan untuk pemulihan jasmani dan pemulihan vokasional di bawah seksyen 57 Akta; dan

(b)

pekerja asing yang disebut dalam subperenggan

(2)

daripada faedah, kemudahan dan bantuan di bawah seksyen 20, 20A, 21, 29, 30, 57 dan 57A Akta.

(2)

Bagi maksud subsubperenggan (1)(b), pekerja asing yang dikecualikan daripada faedah, kemudahan dan bantuan adalah seperti yang berikut:

(a)

pekerja asing yang gagal dalam pemeriksaan kesihatan yang dijalankan untuk mendapatkan pas atau permit yang sah daripada

Ketua Pengarah Imigresen bagi maksud bekerja di Malaysia atau yang laporan pemeriksaan kesihatannya belum dikeluarkan;

P.U. (B) 240 3

(b)

pekerja asing yang mengidap keilatan akibat kemalangan atau apa-apa penyakit atau yang mati semasa berada di luar Malaysia;

(c)

pekerja asing yang tarikh keuzurannya ditentukan telah berlaku atau berlaku dalam tempoh semasa pekerja asing itu tidak mempunyai pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah Imigresen bagi maksud bekerja di Malaysia;

(d)

pekerja asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau melanggar apa-apa syarat kemasukan di bawah Akta Imigresen 1959/63

[Akta 155]; atau

(e)

pekerja asing yang keluar dari Malaysia tanpa suatu dokumen yang sah atau tanpa mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1) dan (2), “pekerja asing” tidak termasuk—

(a)

orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];

(b)

orang yang—

(i)

memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;

(ii)

dibenarkan menetap di

Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan

P.U. (B) 240 4

(iii)

dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; dan

(c)

orang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Bertarikh 28 Jun 2024

[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6 Jld.3(6); PN(PU2)58/JLD.24]

SIM CHEE KEONG

Menteri Sumber Manusia

P.U. (B) 240 5

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY

(EXEMPTION OF BENEFIT FOR FOREIGN WORKER) NOTIFICATION 2024

Section 2 — PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN FAEDAH BAGI PEKERJA ASING) 2024