Malaysia legislation
Section 2
of PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2018
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan daripada kuat kuasa Akta mana-mana pekerja yang diinsuranskan oleh majikannya di bawah suatu polisi insurans bagi maksud
Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan
Pekerja Asing) (Insurans) 2005 [P.U. (A) 45/2005] yang terus terpakai bagi pekerja itu pada atau selepas pembatalan Perintah itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3 Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) (Insurans)
(Pembatalan) 2018 [P.U. (A) 350/2018].
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pekerja itu sehingga habis tempoh polisi insurans itu.
(3)
Walau apa pun subperenggan (2), jika polisi insurans yang disebut dalam subperenggan (1) habis tempoh selepas 31 Disember 2019, pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pekerja itu sehingga 31 Disember 2019.
P.U. (B) 737 3
Bertarikh 18 Disember 2018
[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (B) 737 4
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (EXEMPTION) (NO. 2) NOTIFICATION 2018