Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pemerbadanan pemegang amanah berkanun
(2)
Perbadanan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(3)
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(4)
Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan—
6
Undang-Undang Malaysia
(a)
memperoleh, membeli, memajak, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih daripada tiap-tiap perihalan; dan
(b)
tertakluk pada Akta ini, menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan mana-mana harta alih dan harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan.
Bon, sekuriti dan wang tertentu yang terletak hak pada
Perbadanan