Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (DISEMAK - 2023)

Seksyen 7

Keanggotaan Jawatankuasa

(a)

Ketua Menteri;

(b)

Bendahari Negeri;

(c)

Pengarah Pendidikan, Pulau Pinang; dan

(d)

tidak kurang daripada tiga orang tetapi tidak lebih daripada lima orang lain yang dilantik bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun oleh Yang di-Pertua Negeri.

(2)

Atas kematian, ketidakupayaan untuk bertindak, peletakan jawatan atau ketiadaan di Negeri selama lebih daripada tiga bulan mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (1)(d), seorang anggota baharu hendaklah dalam masa yang munasabah dilantik oleh

Yang di-Pertua Negeri.

(3)

Pemegang Amanah boleh bermesyuarat bersama bagi menyegerakan urusan, dan persoalan yang timbul pada mana-mana mesyuarat hendaklah diputuskan oleh majoriti undi Pemegang

Amanah yang hadir pada mesyuarat itu, dan pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4)

Ketua Menteri hendaklah menjadi pengerusi dalam mesyuarat Pemegang Amanah dan jika dia tidak hadir, anggota kanan yang disebut dalam perenggan (1)(d) dan jika kedua-duanya tidak hadir, seorang pengerusi hendaklah dipilih daripada Pemegang

Amanah yang hadir di mesyuarat itu.

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Pemegang Amanah boleh dipersoalkan atas sebab mana-mana Pemegang Amanah atau

Pemegang-Pemegang Amanah tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat atau atas sebab apa-apa kekosongan dalam badan Pemegang

Amanah.

Penang Free School 9

Bendahari bagi Pemegang Amanah