Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020

Seksyen 11

(2)

Tuntutan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah menyatakan tujuan tuntutan itu adalah untuk berkongsi faedah di bawah perjanjian perkongsian faedah yang dibuat antara pemegang permit dengan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang daripadanya keizinan termaklum awal telah diperoleh dan perjanjian perkongsian faedah telah dibuat (selepas ini disebut sebagai “masyarakat pertama”).

(3)

Setelah menerima tuntutan yang disebut dalam subperaturan (1),

Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah—

(a)

menyampaikan sesalinan tuntutan itu kepada masyarakat pertama dalam masa empat belas hari selepas tuntutan daripada masyarakat yang berikutnya itu diterima; dan

(b)

menghendaki masyarakat pertama untuk menjawab tuntutan itu dalam masa tiga puluh hari selepas salinan tuntutan daripada Pihak Berkuasa

Kompeten itu diterima.

(4)

Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah mengadakan pendengaran tentang tuntutan itu dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh tuntutan itu disampaikan kepada masyarakat pertama di bawah perenggan (3)(a).

P.U. (A) 361 17

(5)

Jika masyarakat pertama menjawab dan mengakui tuntutan itu, Pihak

Berkuasa Kompeten hendaklah menghendaki masyarakat yang berikutnya dan masyarakat pertama untuk memberikan hujahan bertulis mereka tentang kuantum atau sifat faedah yang hendak dikongsi antara mereka.

(6)

Jika masyarakat pertama tidak menjawab tuntutan itu, atau menjawab tetapi mempertikaikan tuntutan itu, Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah mengadakan pendengaran dan menyampaikan notis pendengaran yang menyatakan tarikh, masa dan tempat bagi pendengaran itu kepada masyarakat yang berikutnya dan masyarakat pertama.

(7)

Pihak

Berkuasa

Kompeten hendaklah, semasa pendengaran, menimbangkan—

(a)

kesahan tuntutan itu; dan

(b)

kuantum atau sifat faedah yang mungkin berhak bagi masyarakat yang berikutnya.

(8)

Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas hujahan bertulis pihak-pihak diterima di bawah subperaturan (5) atau selepas mendengar pihak-pihak di bawah subperaturan (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, memutuskan tentang perkara itu dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, memberitahu masyarakat yang berikutnya dan masyarakat pertama tentang keputusannya.

(9)

Bagi maksud peraturan ini, Pihak Berkuasa Kompeten—

(a)

boleh melanjutkan had masa bagi melakukan apa-apa tindakan, dengan mengambil kira perbezaan sosio-budaya dan bahasa serta tahap literasi masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, dan hal keadaan yang lain;

P.U. (A) 361 18

(b)

hendaklah memastikan pada setiap masa bahawa masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan memahami maksud dan implikasi apa-apa komunikasi atau prosiding; dan

(c)

hendaklah mendapatkan nasihat badan penasihat dan mengambil kira nasihat itu dalam pertimbangannya.

Langkah-langkah untuk memantau dan mengesan

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020