Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013
Seksyen 6
Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
4
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “Pejabat yang berkenaan” dengan perkataan “Pertubuhan”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
Jika majikan telah dikeluarkan terhadapnya suatu kompaun menurut Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial
Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 [P.U. (A) 59/2006],
Pertubuhan bolehlah menguntukkan Kod Nombor Majikan kepada perusahaan berkenaan dengan majikan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tamat pembayaran kompaun itu.
Jika Borang Pendaftaran Majikan tidak diisi dengan sempurnanya dan diberikan oleh majikan kepada Pertubuhan,
Pertubuhan masih boleh menguntukkan Kod Nombor Majikan kepada perusahaan.
Penguntukan Kod Nombor Majikan di bawah subperaturan
(1A)
dan oleh
Pertubuhan tidaklah mengecualikan majikan daripada mengisi dan memberikan
Borang Pendaftaran Majikan dan Borang Pendaftaran Pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 10.”; dan
(c)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkenaan” dengan perkataan “Pertubuhan”.
Penggantian peraturan 12