Malaysia legislation
Section 71
of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013
Seksyen 71
(2)
Jika tiada notis kemalangan oleh majikan dalam
Borang 34 diberikan oleh majikan, Pertubuhan boleh, menurut budi bicaranya, menerima apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan kemalangan itu.
(3)
Dalam hal orang berinsurans yang mendapat bencana diri selain bencana diri yang bersifat ringan yang disebabkan oleh kemalangan yang disebut di bawah seksyen 24 Akta, majikan hendaklah mengisi notis kemalangan oleh majikan dalam Borang 34 dan memberikan notis itu bersama-sama dengan laporan polis mengenai kemalangan itu dan apa-apa dokumen lain yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(4)
Notis kemalangan oleh majikan dalam Borang 34
13
hendaklah diberikan—
(a)
dengan segera atau, jika tidak, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan mengikut hal keadaan, jika bencana itu mengakibatkan kematian atau jika bencana itu berat, bahawa, bencana itu mungkin menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal atau kehilangan anggota badan; atau
(b)
dalam apa-apa hal lain, dalam masa empat puluh lapan jam selepas penerimaan notis kemalangan di bawah peraturan 68 atau pada masa kemalangan itu sampai kepada pengetahuan majikan atau mana-mana pegawai lain yang di bawah pengawasannya orang berinsurans itu bekerja pada masa kemalangan itu berlaku atau mana-mana orang lain yang dilantik bagi maksud itu oleh majikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Satu salinan notis kemalangan oleh majikan dalam Borang 34 hendaklah secara biasanya dihantar oleh majikan kepada Doktor Insurans melalui orang berinsurans pada masa pemeriksaan atau rawatan perubatan pertama orang berinsurans itu.
(6)
Jika, atas apa-apa sebab, menjadi tidak praktik bagi majikan untuk menghantar salinan notis kemalangan oleh majikan itu kepada Doktor Insurans melalui orang berinsurans sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (5),
14
majikan hendaklah, sebagai langkah interim, memberi suatu surat pengenalan dalam apa-apa borang yang ditentukan oleh
Pertubuhan.
(7)
Doktor Insurans hendaklah menerima secara sementara surat pengenalan yang disebut dalam subperaturan (6), sebagai ganti salinan notis kemalangan oleh majikan.
(8)
Majikan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, selepas memberikan surat pengenalan yang disebut dalam subperaturan (6) kepada Doktor Insurans, menghantar secara terus salinan notis kemalangan oleh majikan itu kepada Doktor Insurans.”.
Penggantian peraturan 71A