Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Majlis boleh memberikan kebenaran untuk bekerja kepada mana-mana orang asing atau orang asing yang diperdagangkan itu yang telah diberi kebenaran untuk bergerak bebas di bawah subperaturan 3(1) tertakluk kepada mana-mana sekatan dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang berhubungan dengan pekerjaan warganegara asing di Malaysia.
(2)
Majikan mana-mana orang asing atau orang asing yang diperdagangkan yang diberi kebenaran untuk bekerja hendaklah memohon
Pas
Lawatan
(Kerja Sementara) daripada Jabatan Imigresen.
(3)
Setelah Pas Lawatan (Kerja Sementara) diluluskan oleh Jabatan
Imigresen, pegawai penguat kuasa atau Pegawai Pelindung, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memaklumkan Majistret untuk membatalkan perintah perlindungan interim orang asing atau Perintah Perlindungan orang asing yang diperdagangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tempoh kebenaran bekerja