Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Apabila sesuatu Perintah Perlindungan telah tamat atau dibatalkan oleh
Majistret, Pegawai Pelindung hendaklah dengan segera melepaskan orang yang diperdagangkan itu kepada pegawai imigresen.
(2)
Orang yang diperdagangkan itu hendaklah dihantar pulang ke negara asalnya dan kos penghantaran pulang orang yang diperdagangkan itu hendaklah ditanggung oleh—
(a)
Kedutaan atau
Pejabat
Suruhanjaya
Tinggi orang yang diperdagangkan itu;
(b)
keluarga orang yang diperdagangkan itu; atau
(c)
mana-mana orang yang ingin menanggung kos itu bagi orang yang diperdagangkan itu.
Kawalan dan jagaan