Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN BEKALAN PEMEGANG LESEN (PINDAAN) 2025

Seksyen 5

Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Bil berkenaan dengan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen—

P.U. (A) 335 5

(a)

hendaklah diberikan oleh pemegang lesen kepada pengguna secara bulanan, berdasarkan penggunahabisan elektrik pengguna bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua puluh lapan hari dan tidak lebih daripada tiga puluh satu hari;

dan

(b)

hendaklah dibayar oleh pengguna dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pengemukaannya kepada pengguna.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

Selain jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen di bawah subperaturan (1), bil itu boleh mengandungi apa-apa tarif dan caj yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut subseksyen 26(1)

Akta.”;

(c)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Sekiranya berlaku keingkaran pembayaran oleh pengguna bagi jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen apabila habisnya tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b)—

(a)

pemegang lesen hendaklah memberhentikan pembekalan elektrik di premis pengguna—

(i)

dengan mengeluarkan suatu notis kepada pengguna mengenai niat untuk memberhentikan pembekalan elektrik di premis pengguna itu;

P.U. (A) 335 6

(ii)

notis itu hendaklah dikeluarkan tidak lewat daripada empat belas hari dari habisnya tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b);

(iii)

notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pemberhentian pembekalan elektrik di premis pengguna itu dan tarikh yang dicadangkan bagi pemberhentian itu, yang hendaklah tidak boleh lebih awal daripada tujuh hari bekerja dari tarikh notis itu dikeluarkan; dan

(iv)

notis itu hendaklah disampaikan mengikut subperaturan (2A); dan

(b)

pemegang lesen hendaklah menuntut daripada pengguna sehingga enam bulan jumlah yang belum berbayar yang kena dibayar kepada pemegang lesen.”;

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

Pemegang lesen hendaklah menyampaikan notis yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) mengikut cara yang berikut:

(a)

jika pengguna itu ialah seorang individu;

(i)

dengan memberikan notis itu dengan sendiri kepada pengguna;

(ii)

dengan memberikan notis itu dengan sendiri kepada mana-mana anggota keluarga pengguna yang dewasa atau

P.U. (A) 335 7

mana-mana pekhidmat pengguna yang menetap dengannya, di tempat kediamannya yang biasa atau yang akhir sekali diketahui;

(iii)

dengan menghantar notis itu melalui pos berdaftar kepada pengguna di tempat kediamannya yang biasa atau yang akhir sekali diketahui;

(iv)

dengan mengepilkan notis itu kepada bil bagi bulan yang berikutnya yang dihantar ke alamat pengguna sebagaimana yang dinyatakan dalam bil; atau

(v)

dengan menghantar notis itu kepada alamat mel elektronik pengguna; atau

(b)

jika pengguna itu ialah suatu syarikat, suatu perkongsian liabiliti terhad, suatu firma, suatu pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain:

(i)

dengan memberikan notis itu kepada setiausaha atau pegawai lain bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain, di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utama syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu;

P.U. (A) 335 8

(ii)

dengan menghantar notis itu melalui pos berdaftar kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain, di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utama syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu;

(iii)

dengan mengepilkan notis itu kepada bil bagi bulan yang berikutnya yang dihantar ke alamat syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu sebagaimana yang dinyatakan dalam bil; atau

(iv)

dengan menghantar notis itu ke alamat mel elektronik syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain.

Apa-apa pemberhentian pembekalan elektrik di suatu premis pengguna di bawah subperaturan (2) tidak boleh dijalankan oleh pemegang lesen pada hari kelepasan mingguan atau kelepasan am.”;

(e)

dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “di pejabat sebagaimana yang dinyatakan pada bil, yang telah diberikuasa oleh pemegang lesen untuk menerima wang itu” dengan perkataan

“dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam bil”;

P.U. (A) 335 9

(f)

dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(4)

Bagi maksud mengeluarkan bil di bawah peraturan ini, sekiranya dalam keadaan yang mustahil bagi pemegang lesen untuk membaca meter disebabkan hal keadaan yang berikut:

(a)

pagar berkunci;

(b)

pintu berkunci;

(c)

pemunya premis atau ejennya tidak memberi kebenaran masuk;

(d)

meter dihalang daripada penglihatan biasa;

(e)

jika cermin gelas tidak bersih, tidak jelas atau kabur disebabkan perbuatan pengguna;

(f)

hal keadaan adalah di luar kawalan pemegang lesen seperti bencana semula jadi, laluan ke premis dihalang disebabkan rusuhan, kekecohan atau mogok; atau

(g)

apa-apa hal keadaan lain yang membahayakan keselamatan pemegang lesen, pemegang lesen hendaklah mengeluarkan suatu bil kepada pengguna yang menyatakan anggaran jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen berdasarkan rekod penggunahabisan pengguna dan sejarah bagi tiga bulan terdahulu berturut-turut dan membuat pelarasan yang perlu kepada akaun pengguna apabila bacaan meter yang sebenar diperoleh:

P.U. (A) 335 10

Dengan syarat bahawa, pemegang lesen hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk membaca meter apabila berdepan dengan hal keadaan sebagaimana yang dinyatakan.”;

(g)

dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:

“(4A)

Jika suatu bacaan meter di bawah subperaturan (4)

jatuh pada hari kelepasan am, pemegang lesen hendaklah membaca meter pada hari bekerja yang berikutnya dan hendaklah mengira bacaan meter bagi hari kelepasan am itu sebagai sebahagian daripada bil yang dikeluarkan bagi bulan itu.”; dan

(h)

dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:

“(7)

Pemegang lesen boleh mengguna pakai pengiraan sama rata kepada suatu bil yang dikeluarkan di bawah peraturan ini dalam hal keadaan seperti yang berikut:

(a)

sekiranya tempoh pengebilan dikira mengikut subperaturan (4A), jumlah kilowatt jam pada setiap blok tarif hendaklah disamaratakan dengan mendarabkan bilangan hari yang dimasukkan dalam tempoh pengebilan itu dan dibahagikan dengan jumlah keseluruhan hari dalam purata sebulan yang akan dikira sebagai tiga puluh hari;

atau

(b)

sekiranya meter tidak boleh dibaca disebabkan hal keadaan yang dinyatakan dalam subperaturan (4), jumlah jam kilowatt pada setiap blok tarif hendaklah disamaratakan dengan mendarab bilangan hari yang dimasukkkan dalam bil dengan anggaran jumlah yang kena dibayar dan bil bagi

P.U. (A) 335 11

bulan yang meter boleh dibaca, dan dibahagikan dengan jumlah keseluruhan hari dalam purata sebulan yang akan dikira sebagai tiga puluh hari.

(8)

Peraturan ini tidak terpakai bagi apa-apa pembekalan elektrik yang menggunakan meter prabayar.”.

Pindaan peraturan 5

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN BEKALAN PEMEGANG LESEN (PINDAAN) 2025