Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018
Seksyen 4
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, draf bank atau pesanan bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada
Ketua Pengarah.
(2)
Pembayaran kompaun hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar bayar dahulu ke alamat yang dinyatakan dalam Tawaran untuk
Mengkompaun Kesalahan.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
P.U. (A) 39 4