Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENEPIAN DAN PENGUBAHSUAIAN FI) 2020

Seksyen 4

(1)

Permohonan bagi penepian fi di bawah perenggan 3(1)(a) dan (b)

hendaklah—

(a)

dibuat dalam borang yang ditentukan oleh Pendaftar;

(b)

dibuat dalam tempoh antara 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021; dan

(c)

disertakan dengan dokumen sokongan untuk membuktikan bahawa:

(i)

bagi apa-apa permohonan yang dibuat oleh individu:

pemohon adalah daripada kumpulan B40 yang layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan

Prihatin Nasional; atau pendapatannya terkesan dengan langkah-langkah pengawalan atau pencegahan; atau

(ii)

bagi apa-apa permohonan yang dibuat oleh mana-mana perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi pemohon:

telah memperoleh kelulusan bagi penyambungan moratorium atau apa-apa fleksibiliti pembayaran balik daripada mana-mana institusi kewangan;

4

mempunyai masalah aliran tunai akibat langkah-langkah pengawalan atau pencegahan; atau menghadapi keberhutangan dan kesulitan membuat pembayaran balik hutang akibat langkah-langkah pengawalan atau pencegahan.

(2)

Jika permohonan bagi pendaftaran cap dagangan atau cap dagangan berdaftar mempunyai lebih daripada seorang tuan punya, kehendak di bawah subperenggan 1(c)(i) atau (ii) disifatkan telah dipatuhi jika salah seorang tuan punya mematuhi kehendak tersebut.

Pengubahsuaian fi

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CAP DAGANGAN (PENEPIAN DAN PENGUBAHSUAIAN FI) 2020