Malaysia legislation
Section 2A
Seksyen 2A
Bagi maksud peraturan 2, entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan hendaklah mematuhi syarat-syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa seperti yang berikut:
(a)
pekerja itu hendaklah melaksanakan pekerjaan yang bersesuaian berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh entiti Labuan itu;
P.U. (A) 325 3
“
”.
(b)
pekerja itu hendaklah mempunyai kompetensi dan kebolehan yang mencukupi dan bersesuaian berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh entiti Labuan itu;
(c)
pekerja itu tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi atau tanggungjawab lain yang boleh mengganggu pelaksanaan tugasnya berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh entiti Labuan itu;
(d)
pekerja itu hendaklah diambil kerja secara tetap atau kontrak oleh entiti Labuan itu; dan
(e)
pekerja itu hendaklah melaksanakan pekerjaannya dengan entiti Labuan itu secara fizikal di Labuan.”.
Pindaan Jadual Pertama