Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (KEHENDAK BAGI SYARIKAT PERDAGANGAN KOMODITI ANTARABANGSA LABUAN) 2021

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti yang layak” ertinya perdagangan produk fizikal dan instrumen terbitan yang berkaitan berhubung dengan—

(a)

petroleum dan produk berkaitan petroleum termasuk gas asli cecair;

(b)

galian;

(c)

produk pertanian;

(d)

bahan mentah yang ditapis;

(e)

bahan kimia;

(f)

galian asas; atau

(g)

arang batu;

P.U. (A) 482 3

“Insentif Global bagi Perdagangan” ertinya program insentif bagi suatu

Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan untuk menggunakan Malaysia sebagai pangkalan perdagangan antarabangsa bagi menjalankan suatu aktiviti yang layak;

“Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan” ertinya suatu syarikat

Labuan yang—

(a)

diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990

[Akta 441];

(b)

dilesenkan di bawah seksyen 92 Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

(c)

mengekalkan pejabat berdaftar di Labuan tetapi dibenarkan menjalankan pejabat operasi perniagaannya di mana-mana dalam Malaysia; dan

(d)

menjalankan aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi Perdagangan;

“syarikat berkaitan” ertinya syarikat yang disifatkan sebagai berkaitan di antara satu sama lain mengikut seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990.

Kehendak bagi Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan