Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (KEHENDAK BAGI SYARIKAT PERDAGANGAN KOMODITI ANTARABANGSA LABUAN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Pindaan peraturan 3

Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan) 2021 [P.U. (A) 482/2021] dipinda dalam peraturan 3—

(a)

dalam perenggan

(1)

(a)

, dengan menggantikan perkataan

“pekerja sepenuh masa” dengan perkataan “pekerja sepenuh masa yang layak dan wajar”;

(b)

dalam perenggan

(2)

(a)

, dengan menggantikan perkataan

“pekerja sepenuh masa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“pekerja sepenuh masa yang layak dan wajar”;

(c)

dalam subperaturan

(3)

, dengan menggantikan perkataan

“pekerja sepenuh masa” dengan perkataan “pekerja sepenuh masa yang layak dan wajar”; dan 3

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(3A)

Bagi maksud perenggan

(1)

(a)

dan

(2)

(a)

, dan subperaturan (3), Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa

Labuan hendaklah mematuhi syarat-syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa seperti yang berikut:

(a)

pekerja itu hendaklah melaksanakan pekerjaan yang bersesuaian berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh Syarikat

Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan itu;

(b)

pekerja itu hendaklah mempunyai kompetensi dan kebolehan yang mencukupi dan bersesuaian berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh Syarikat Perdagangan

Komoditi Antarabangsa Labuan itu;

(c)

pekerja itu tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi atau tanggungjawab lain yang boleh mengganggu pelaksanaan tugasnya berkenaan dengan aktiviti pernigaaan Labuan yang dijalankan oleh Syarikat Perdagangan

Komoditi Antarabangsa Labuan itu;

(d)

pekerja itu hendaklah diambil bekerja secara tetap atau kontrak oleh Syarikat Perdagangan

Komoditi Antarabangsa Labuan itu; dan

(e)

pekerja itu hendaklah melaksanakan pekerjaannya dengan Syarikat Perdagangan

Komoditi Antarabangsa Labuan itu secara fizikal di Labuan.”.

4

Dibuat 2 September 2025

[MOF.TAX(S)700-2/7/1289Jld.3; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-408; PN(PU2)491/JLD.5]

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Menteri Kewangan II

5

LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX ACT 1990

LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX (REQUIREMENTS FOR LABUAN INTERNATIONAL

COMMODITY TRADING COMPANY) (AMENDMENT) REGULATIONS 2025

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (KEHENDAK BAGI SYARIKAT PERDAGANGAN KOMODITI ANTARABANGSA LABUAN) (PINDAAN) 2025