Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2017
Seksyen 6
Pemberitahuan
(1)
Mana-mana entiti konstituen suatu Kumpulan MNE yang merupakan suatu entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis jika entiti konstituen itu merupakan entiti pemegangan muktamad pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan.
(2)
Jika suatu entiti konstituen Kumpulan MNE yang merupakan suatu entiti
Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan bukan merupakan entiti pelapor, entiti konstituen itu hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis identiti dan mastautin cukai entiti pelapor, pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan.
(3)
Mana-mana entiti konstituen Kumpulan MNE yang merupakan suatu entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 409 6
(4)
Bagi maksud peraturan ini,
“entiti pelapor”
ertinya entiti pemegangan muktamad.
Masa pemfailan