Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2017

Seksyen 8

Penggunaan dan kerahsiaan maklumat Laporan mengikut Negara

(1)

Ketua Pengarah boleh menggunakan Laporan mengikut Negara bagi maksud menaksir risiko penentuan harga pindahan peringkat tinggi dan risiko berkaitan penghakisan asas dan peralihan keuntungan lain di Malaysia, termasuklah menaksir risiko ketidakpatuhan oleh entiti konstituen Kumpulan MNE itu terhadap kaedah-kaedah penentuan harga pindahan yang terpakai, dan jika berkenaan, untuk analisis ekonomi dan statistik.

(2)

Ketua Pengarah tidak boleh menggunakan Laporan mengikut Negara sebagai pengganti bagi analisis penentuan harga pindahan terperinci bagi maksud pelarasan penentuan harga pindahan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam Laporan mengikut Negara sekurang-kurangnya pada takat yang sama yang akan terpakai sekiranya maklumat itu diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah peruntukan Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam

Perkara Cukai.

Kegagalan untuk memfailkan Laporan mengikut Negara

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2017