Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Peraturan-Peraturan ini hendaklah berkuat kuasa untuk dan berkaitan dengan pelaksanaan Standard bagi maksud menguatkuasakan Perkiraan.
(2)
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi mana-mana entiti
Labuan yang merupakan suatu Institusi Kewangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen VIII Standard.
(3)
Bagi maksud kejelasan, yang berikut ialah Institusi Kewangan Bukan
Pelapor:
(a)
suatu Entiti Kerajaan, Pertubuhan Antarabangsa atau Bank Negara, selain berkenaan dengan suatu bayaran yang diperoleh daripada suatu tanggungan yang dipegang berkaitan dengan suatu aktiviti kewangan komersial yang dijalankan oleh suatu Syarikat Insurans yang Ditentukan, Institusi Kawalan, atau Institusi Depositori;
(b)
suatu Kumpulan Wang Persaraan Berpenyertaan Luas, suatu
Kumpulan
Wang
Persaraan
Berpenyertaan
Terhad, suatu
Kumpulan
Wang
Persaraan
Entiti
Kerajaan,
Pertubuhan
Antarabangsa atau Bank Negara;
(c)
suatu Pengeluar Kad Kredit Berkelayakan yang memenuhi kehendak yang berikut:
(i)
Institusi
Kewangan itu ialah
Institusi
Kewangan semata-mata kerana ia pengeluar kad kredit yang menerima deposit sahaja apabila pelanggan membuat bayaran melebihi baki yang kena dibayar berkenaan dengan kad itu dan bayaran lebih tidak dikembalikan kepada pelanggan dengan serta-merta; dan
P.U. (A) 20 6
(ii)
mulai atau sebelum 1 Julai 2017, Institusi Kewangan itu melaksanakan polisi dan tatacara sama ada untuk menghalang seseorang pelanggan daripada membuat pembayaran lebih yang melebihi USD50,000.00, atau untuk memastikan mana-mana bayaran lebih pelanggan yang melebihi USD50,000.00 dikembalikan kepada pelanggan dalam masa enam puluh hari, dalam setiap keadaan dengan mengguna pakai kaedah-kaedah yang dinyatakan dalam perenggan C Seksyen VII Standard bagi pengagregatan akaun dan terjemahan mata wang. Bagi maksud ini, bayaran lebih pelanggan bukan merujuk kepada baki kredit setakat caj yang dipertikaikan tetapi termasuk baki kredit yang berbangkit daripada pulangan dagangan;
(d)
apa-apa Entiti lain yang mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan untuk mengelak cukai, yang pada keseluruhannya mempunyai persamaan ciri dengan mana-mana Entiti yang diperihalkan dalam perenggan (a), (b) dan (c), dan ditentukan dalam undang-undang domestik sebagai Institusi Kewangan Bukan
Pelapor, dengan syarat status Entiti itu sebagai Institusi Kewangan
Bukan Pelapor tidak menghalang tujuan Standard;
(e)
suatu Jentera Pelaburan Kolektif yang Dikecualikan; dan
(f)
suatu amanah setakat yang pemegang amanah bagi amanah itu ialah suatu Institusi Kewangan Pelapor dan melaporkan semua maklumat yang perlu dilaporkan menurut Seksyen I Standard berkenaan dengan semua Akaun Kena Lapor bagi amanah itu.
Pemakaian Standard