Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014
Seksyen 11
(1)
Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, perayu hendaklah berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod, barang atau benda bagi menyokong kesnya.
(2)
Selepas perayu membentangkan kesnya, responden hendaklah mengemukakan kesnya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod, barang atau benda bagi menyokong kesnya.
(3)
Selepas perayu dan responden telah menutup kes masing-masing, suatu penghujahan lisan atau bertulis ringkas boleh dibuat oleh responden dan selepas itu oleh perayu.
(4)
Tribunal boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam menjalankan kes mereka.
(5)
Suatu perintah yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah dalam
Borang E.
P.U. (A) 189 9
Penangguhan pendengaran