Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014

Seksyen 21

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), setiap pihak hendaklah menanggung kos sendiri.

(2)

Jika Tribunal mengesahkan keputusan Ketua Pengarah dan berpendapat bahawa rayuan itu bersifat skandal, remeh dan menyusahkan, ia boleh memerintahkan perayu supaya membayar kos kepada Tribunal sejumlah wang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(3)

Tribunal boleh membuat suatu perintah bagi perayu untuk membayar kos di bawah peraturan ini walaupun perayu tidak hadir pada pendengaran rayuan itu.

(4)

Jika mana-mana orang telah dipanggil oleh Tribunal menurut perenggan 142(1)(e) Akta, selain atas permohonan pihak-pihak, perbelanjaannya hendaklah ditaksirkan oleh Setiausaha berdasarkan skala kos yang digunakan dalam prosiding sivil di mahkamah rendah dan hendaklah dibayar oleh Tribunal.

Kos kena dibayar kepada Kerajaan

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014