Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014

Seksyen 10

Pengeluaran ketetapan awal

(1)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu ketetapan awal kepada orang yang membuat permohonan dalam tempoh sembilan puluh hari atau dalam tempoh yang praktik selepas penerimaan suatu permohonan yang lengkap dan fi yang berkenaan di bawah peraturan 14.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), jika suatu nasihat luar diperoleh menurut peraturan 9, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu ketetapan awal dalam tempoh enam puluh hari selepas penerimaan laporan nasihat luar, fi nasihat luar dan fi yang berkenaan di bawah peraturan 14.

(3)

Apa-apa ketetapan awal yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah untuk suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Orang yang membuat permohonan bagi ketetapan awal boleh memohon suatu lanjutan tempoh yang terpakai bagi ketetapan awal itu dalam tempoh sembilan puluh hari sebelum tamat tempoh yang terpakai bagi ketetapan awal itu.

Permintaan untuk salinan terperaku bagi ketetapan awal

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014