Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah tidak boleh membuat ketetapan awal dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
jika ketetapan awal yang dipohon adalah berhubungan dengan mana-mana peruntukan
Akta yang memberi kuasa atau menghendaki Menteri atau Ketua Pengarah—
(i)
untuk mengenakan atau meremit suatu penalti, surcaj, fi atau wang lain;
(ii)
untuk meremit apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar;
(iii)
untuk meluluskan mana-mana permohonan di bawah Akta;
(iv)
untuk membuat pertanyaan mengenai betulnya mana-mana penyata, perisytiharan atau maklumat lain yang diberikan oleh mana-mana orang; atau 5
(v)
untuk mendapatkan sesuatu hutang yang masih belum dibayar oleh mana-mana orang.
(b)
jika pada masa permohonan bagi ketetapan awal dibuat atau pada bila-bila masa sebelum ketetapan awal dikeluarkan, orang yang memohon bagi ketetapan awal itu telah membuat atau melaksanakan perkiraan yang baginya ketetapan awal itu dipohon;
(c)
jika permohonan bagi ketetapan awal itu adalah remeh, menyusahkan atau berdasarkan keadaan andaian;
(d)
jika perkara yang baginya ketetapan awal itu dipohon melibatkan tafsiran mana-mana undang-undang asing;
(e)
jika suatu ketetapan awal telah dikeluarkan tentang pemakaian peruntukan Akta yang relevan bagi orang yang memohon ketetapan awal itu dan perkiraan yang berhubungan dengannya, dan ketetapan awal yang dipohon akan terpakai bagi tempoh yang sama dengan tempoh yang ketetapan awal yang dikeluarkan terdahulu itu terpakai;
(f)
jika suatu taksiran, tidak termasuk taksiran bagi sebarang cukai yang dianggarkan, yang berhubungan dengan orang yang memohon ketetapan awal dan perkiraan yang baginya ketetapan awal yang dipohon itu akan terpakai telah dibuat;
(g)
jika Ketua Pengarah sedang menjalankan audit atau penyiasatan tentang pemakaian mana-mana peruntukan Akta bagi orang yang memohon ketetapan awal itu atau tentang suatu perkiraan yang sama dengan perkiraan yang baginya ketetapan awal itu dipohon, dalam mana-mana tempoh yang ketetapan awal yang dipohon akan terpakai jika ketetapan awal itu dibuat;
6
(h)
jika pada pendapat Ketua Pengarah orang yang memohon ketetapan awal itu tidak memberikan maklumat yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
(i)
jika permohonan bagi ketetapan awal itu menghendaki Ketua
Pengarah memberikan suatu pendapat tentang prinsip akaun yang diterima pakai atau memberikan suatu pendapat tentang amalan yang boleh terima secara komersial;
(j)
jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah tidak munasabah untuk membuat ketetapan awal memandangkan sumber yang tersedia kepada Ketua Pengarah; atau
(k)
jika pada masa permohonan dibuat atau pada bila-bila masa sebelum ketetapan itu dikeluarkan, Ketua Pengarah berpendapat bahawa orang yang ketetapan itu akan terpakai tidak akan secara serius melaksanakan perkiraaan yang baginya ketetapan awal dipohon.
(2)
Berhubung dengan perenggan (1)(b), orang yang memohon ketetapan awal hendaklah memberitahu Ketua Pengarah jika dia telah membuat atau melaksanakan perkiraan yang baginya ketetapan awal itu dipohon.
Hal keadaan yang ketetapan awal ditolak