Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017
Seksyen 6
(1)
Orang berdaftar hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua
Pengarah secara bertulis—
(a)
tentang apa-apa perubahan alamat premis perniagaan orang berdaftar itu termasuk cawangan atau mana-mana tempat lain yang perniagaannya dijalankan;
(b)
tentang apa-apa perubahan bilangan cawangan atau mana-mana tempat lain yang perniagaan orang berdaftar itu dijalankan;
(c)
tentang apa-apa penggantian mesin elektronik oleh orang berdaftar itu;
(d)
jika berlaku penamatan perniagaan, pengubahsuaian premis perniagaan atau penutupan sementara operasi perniagaan orang berdaftar itu;
(e)
jika operasi perniagaan dijalankan di tempat selain premis perniagaan orang berdaftar itu; dan
(f)
tentang apa-apa hal keadaan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.
6
Pengalihan atau pemindahan peranti, atau pemasangan peranti tambahan