Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017
Seksyen 8
(1)
Jika peranti gagal berfungsi atau beroperasi, atau hilang, atau orang berdaftar berhenti daripada menggunakan peranti itu, orang berdaftar itu hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang butir-butir yang dinyatakan dalam subperaturan (2) dalam masa dua puluh empat jam daripada kegagalan atau kehilangan, atau pemberhentian penggunaan peranti itu.
(2)
Pemberitahuan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengandungi—
(a)
tarikh dan masa kegagalan atau kehilangan, atau pemberhentian penggunaan peranti itu; dan
(b)
nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan orang yang menghantar pemberitahuan itu.
(3)
Apabila pemberitahuan dikeluarkan di bawah subperaturan (1), orang berdaftar boleh mengeluarkan suatu invois cukai tanpa menggunakan mesin elektronik bagi tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan.
7
(4)
Jika orang berdaftar mengeluarkan invois cukai tanpa menggunakan mesin elektronik di bawah subperaturan
(3)
, orang berdaftar hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Ketua Pengarah semua maklumat yang berhubungan dengan pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima oleh orang berdaftar itu berhubung dengan invois cukai itu.
(5)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.
Penalti am