Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) (NO. 2) 2015
Seksyen 3
Pindaan peraturan 38
Subperaturan 38(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e)
jika tuntutan itu berkenaan dengan perkhidmatan diimport—
(i)
suatu dokumen yang menyatakan penuntut telah membuat bayaran bagi perkhidmatan yang digunakan, jika masa pembekalan ialah masa yang dirujuk dalam perenggan 13(4)(a) Akta; atau
(ii)
invois yang dikeluarkan atas nama penuntut oleh seorang pembekal yang tempatnya di suatu negara selain Malaysia atau yang menjalankan perniagaan di luar Malaysia, jika masa
3
pembekalan ialah masa yang dirujuk dalam perenggan 13(4)(b) Akta.”.
Pindaan peraturan 41