Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022
Seksyen 11
(1)
Mana-mana penjual berdaftar yang layak untuk menuntut pembayaran balik di bawah subseksyen 39(1) Akta hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara yang ditentukan olehnya.
P.U. (A) 408 9
(2)
Suatu permohonan yang berasingan hendaklah dibuat berkenaan dengan setiap tuntutan yang baginya pembayaran balik dituntut.
(3)
Ketua Pengarah boleh menghendaki orang yang membuat tuntutan di bawah subperaturan (1) untuk mengemukakan dokumen dan maklumat bagi maksud mengesahkan tuntutan itu.