Malaysia legislation
Section 17
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022
Seksyen 17
(1)
Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar melalui perbankan elektronik, waktu biasa hendaklah dari 7.30 pagi hingga 11.30 malam waktu standard Malaysia (UTC/GMT + 8 jam)
pada mana-mana hari dalam minggu itu.
(2)
Jika mana-mana penyata dan pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar diterima di luar waktu biasa, waktu penerimaan penyata dan pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar itu hendaklah dianggap telah diterima pada hari yang berikutnya.
(3)
Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar, jika hari terakhir yang dinyatakan di bawah subseksyen 26(1), 26(3) atau 26(5) Akta jatuh pada hari kelepasan mingguan
Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia atau di negara yang penjual berdaftar itu ditubuhkan, maka hari terakhir untuk menerima penyata dan pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar itu adalah pada hari kelepasan
P.U. (A) 408 13
mingguan Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia atau di negara yang penjual berdaftar itu ditubuhkan.
Penalti am