Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (KETETAPAN KASTAM) 2018

Seksyen 7

(1)

Permohonan bagi memperbaharui suatu ketetapan kastam boleh dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga tidak lewat dari tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh ketetapan kastam itu.

(2)

Apabila menerima permohonan di bawah subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh

(a)

mengeluarkan suatu pembaharuan ketetapan kastam dengan atau tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atas ketetapan itu; atau

(b)

menolak untuk mengeluarkan suatu pembaharuan ketetapan itu.

(3)

Suatu ketetapan kastam yang diperbaharui adalah sah untuk tempoh dua tahun dari tarikh tamat tempohnya yang asal, yang selepasnya orang yang membuat permohonan itu hendaklah membuat permohonan baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 2.

P.U. (A) 204 6

Permintaan bagi salinan diperakui ketetapan kastam

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (KETETAPAN KASTAM) 2018