Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018

Seksyen 2

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bantuan”, berhubung dengan barang bercukai yang dinilai, ertinya nilai mana-mana barang dan perkhidmatan yang berikut yang dibekalkan, secara langsung atau secara tidak langsung, oleh pembeli secara percuma atau pada kos terkurang untuk digunakan berkaitan dengan pengilangan atau penjualan barang bercukai yang dinilai itu, yang dibahagikan kepada barang bercukai yang dinilai itu dengan cara yang munasabah dan mengikut prinsip perakaunan diterima umum:

(a)

bahan, komponen, bahagian dan benda lain yang dimasukkan dalam barang bercukai yang dinilai itu;

(b)

alat, dai, acuan dan benda lain yang digunakan dalam pengilangan barang bercukai yang dinilai itu;

(c)

bahan yang digunakan dalam pengilangan barang bercukai yang dinilai itu;

P.U. (A) 205 4

(d)

kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja reka bentuk, pelan dan lakaran yang perlu bagi pengilangan barang bercukai yang dinilai itu; dan

(e)

kos, caj dan perbelanjaan yang berhubungan dengan pembungkusan, karton dan bekas dan penutup lain;

“barang yang sama”, berhubung dengan barang bercukai yang dinilai, ertinya barang yang dikilangkan yang—

(a)

sama dari semua segi, termasuk ciri fizikal, mutu dan reputasi, dengan barang bercukai yang dinilai kecuali perbezaan kecil dari segi rupa yang tidak menjejaskan nilai jualan barang yang dikilangkan itu; dan

(b)

dikilangkan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar, tetapi tidak termasuk barang yang dikilangkan yang kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja reka bentuk, pelan atau lakaran yang digunakan berkaitan dengan pengilangan dan penjualan barang yang dikilangkan itu telah dibekalkan, secara langsung atau secara tidak langsung, oleh pembeli barang yang dikilangkan itu secara percuma atau pada kos terkurang;

“barang yang sama kelas atau jenis”, berhubung dengan barang bercukai yang dinilai, ertinya barang yang dikilangkan yang termasuk dalam sesuatu kumpulan atau julat barang yang dikilangkan yang dihasilkan oleh sesuatu industri atau sektor industri tertentu dan termasuklah barang yang sama atau barang yang serupa;

“barang yang serupa”, berhubung dengan barang bercukai yang dinilai, ertinya barang yang dikilangkan yang—

(a)

hampir menyerupai barang bercukai yang dinilai itu berkenaan dengan bahan, komponen, bahagian dan ciri dan boleh ditukar ganti dari segi fungsinya dan secara komersial dengan barang bercukai yang dinilai itu

P.U. (A) 205 5

dengan mengambil kira mutu dan reputasi barang yang dikilangkan itu dan barang bercukai yang dinilai itu; dan

(b)

dikilangkan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar, tetapi tidak termasuk barang yang dikilangkan yang kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja reka bentuk, pelan atau lakaran yang digunakan berkaitan dengan pengilangan dan penjualan barang yang dikilangkan itu telah dibekalkan, secara langsung atau secara tidak langsung, oleh pembeli barang yang dikilangkan itu secara percuma atau pada kos terkurang;

“harga yang baginya barang bercukai yang dinilai itu sebenarnya dijual” ertinya agregat semua amaun yang dibayar atau kena dibayar oleh pembeli kepada atau bagi faedah pengilang berdaftar berkenaan dengan barang bercukai yang dinilai itu;

“maklumat yang mencukupi”, berhubung dengan penentuan apa-apa amaun, perbezaan atau pelarasan, ertinya maklumat yang objektif dan boleh ditentukan kuantitinya yang jelas menunjukkan ketepatan amaun, perbezaan atau pelarasan itu.

(2)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, nilai yang ditentukan di bawah peraturan 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 hendaklah termasuk apa-apa amaun duti eksais, sekiranya ada, yang telah dibayar atau kena dibayar.

(3)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini—

(a)

seseorang disifatkan sebagai mempunyai kaitan dengan seseorang yang lain jika—

(i)

mereka ialah pegawai atau pengarah perniagaan satu sama lain;

(ii)

mereka diiktiraf secara sah sebagai pekongsi dalam perniagaan;

P.U. (A) 205 6

(iii)

seseorang lain secara langsung atau secara tidak langsung mempunyai, mengawal atau memegang lima peratus atau lebih saham atau syer pengundian diterbitkan bagi kedua-dua mereka;

(iv)

seseorang daripada mereka secara langsung atau secara tidak langsung mengawal seorang yang satu lagi itu;

(v)

mereka secara langsung atau secara tidak langsung dikawal oleh orang ketiga;

(vi)

mereka bersama-sama secara langsung atau secara tidak langsung mengawal orang ketiga;

(vii)

mereka adalah anggota keluarga yang sama; atau

(viii)

seseorang daripada mereka merupakan pemegang amanah dalam suatu penyelesaian;

(b)

seseorang disifatkan sebagai anggota keluarga yang sama jika—

(i)

mereka mempunyai kaitan melalui pertalian darah dalam hubungan generasi ketiga;

(ii)

mereka berkahwin antara satu sama lain atau jika seseorang berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kaitan dalam hubungan generasi ketiga dengan seorang yang lain; atau

(iii)

seseorang yang telah diangkat sebagai anak kepada seorang yang lain atau sebagai seorang anak kepada seseorang yang dalam hubungan generasi ketiga dengan orang yang lain;

(c)

seorang pemegang amanah dalam suatu penyelesaian adalah berkaitan jika —

P.U. (A) 205 7

(i)

seseorang lain dalam penyelesaian itu ialah seorang setlor;

(ii)

mana-mana orang adalah berkaitan dengan setlor yang disebut dalam subperenggan (c)(i); atau

(iii)

suatu pertubuhan yang diperbadankan adalah berkaitan dengan penyelesaian itu.

(4)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, jika tiada barang yang dikilangkan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar yang telah mengilang barang bercukai yang dinilai adalah barang yang sama atau barang yang serupa, barang yang telah dikilangkan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar yang berlainan dan yang selainnya adalah barang yang sama atau barang yang serupa hendaklah disifatkan sebagai barang yang sama atau barang yang serupa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, caj bagi bunga yang dikenakan di bawah suatu perkiraan pembiayaan yang dibuat oleh pembeli dan yang berhubungan dengan pembelian barang bercukai yang dinilai tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada nilai jualan dalam apa-apa keadaan jika—

(a)

caj itu dibezakan daripada harga yang baginya barang bercukai yang dinilai itu sebenarnya dijual;

(b)

barang bercukai yang dinilai itu sebenarnya dijual pada harga yang diisytiharkan sebagai harga yang baginya barang bercukai yang dinilai itu sebenarnya dijual; dan

(c)

pembeli itu, jika dikehendaki, boleh menunjukkan bahawa—

(i)

perkiraan pembiayaan itu dibuat secara bertulis; dan

P.U. (A) 205 8

(ii)

kadar bunga yang dituntut tidak melebihi tahap bagi perkiraan itu yang dipakai di Malaysia dan pada masa pembiayaan itu diberikan.

Nilai urus niaga sebagai asas utama dalam penentuan nilai jualan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018