Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), jika nilai jualan barang bercukai yang dinilai tidak boleh ditentukan atas asas nilai urus niaga barang bercukai yang dinilai itu di bawah perenggan 3(2)(a), (b), (c), (e) atau (f), nilai jualan barang bercukai yang dinilai hendaklah ditentukan berdasarkan nilai dan mengikut turutan seperti yang berikut:

(a)

nilai urus niaga barang yang sama di bawah peraturan 5;

(b)

nilai urus niaga barang yang serupa di bawah peraturan 6;

(c)

nilai campuran barang bercukai yang dinilai di bawah peraturan 7; dan

(d)

nilai tolakan barang bercukai yang dinilai di bawah peraturan 8.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), nilai jualan barang bercukai yang dinilai hendaklah ditentukan berdasarkan asas nilai campuran barang bercukai yang dinilai itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan 7 jika—

(a)

nilai jualan barang bercukai yang dinilai tidak boleh ditentukan atas asas nilai urus niaga barang bercukai yang dinilai itu di bawah perenggan 3(2)(d); atau

(b)

pengilang berdaftar mengilang barang bercukai yang dinilai itu yang

P.U. (A) 205 10

dipunyai seseorang berdasarkan suatu perjanjian yang dibuat dengan orang itu bahawa barang bercukai yang dinilai itu, selepas dikilangkan, hendaklah dilupuskan kepada orang itu atau atas arahan orang itu, dan turutan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) hingga (b) hendaklah tidak terpakai.

(3)

Bagi maksud subperaturan (2), jika nilai campuran barang bercukai yang dinilai tidak boleh menjadi asas untuk menentukan nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu, pegawai cukai jualan yang hak boleh menentukan nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu mengikut peraturan 8.

(4)

Jika pegawai cukai jualan yang hak berpuas hati bahawa mana-mana satu daripada nilai yang dinyatakan dalam subperaturan (1), (2) atau (3) tidak boleh menentukan apa-apa amaun, perbezaan atau pelarasan berhubung dengan nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu oleh sebab kekurangan maklumat yang mencukupi, nilai tertentu itu tidak boleh digunakan sebagai asas penentuan nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu.

(5)

Jika tiada nilai yang dinyatakan dalam subperaturan (1), (2) atau (3) boleh menjadi asas untuk menentukan nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu, pegawai cukai jualan yang hak boleh menentukan nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu mengikut peraturan 9.

Nilai urus niaga barang yang sama sebagai nilai jualan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018