Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018

Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), jika nilai jualan barang bercukai yang dinilai tidak boleh ditentukan di bawah peraturan 5, nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu hendaklah nilai urus niaga barang yang serupa berkenaan dengan jualan barang bercukai yang dinilai itu jika—

(a)

nilai urus niaga itu ialah nilai jualan barang yang serupa; dan

(b)

barang yang serupa itu dijual pada masa yang sama atau secara matannya adalah sama dengan barang bercukai yang dinilai itu dan telah dijual di bawah syarat yang berikut:

(i)

kepada seseorang pembeli pada tahap dagangan yang sama atau secara matannya adalah sama dengan pembeli barang bercukai yang dinilai itu; dan

(ii)

dalam kuantiti yang sama atau secara matannya adalah sama dengan barang bercukai yang dinilai itu.

P.U. (A) 205 13

(2)

Jika nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu tidak boleh ditentukan di bawah subperaturan (1) kerana barang yang serupa itu tidak dijual di bawah syarat yang diperihalkan dalam perenggan (1)(a) dan (b), hendaklah digantikan baginya barang yang serupa yang dijual di bawah mana-mana syarat yang berikut:

(a)

kepada seseorang pembeli pada tahap dagangan yang sama atau secara matannya adalah sama dengan pembeli barang bercukai yang dinilai itu tetapi dalam kuantiti yang berbeza daripada kuantiti barang bercukai yang dinilai itu dijual;

(b)

kepada seseorang pembeli pada tahap dagangan yang berbeza daripada pembeli barang bercukai yang dinilai itu tetapi dalam kuantiti yang sama atau secara matannya adalah sama dengan kuantiti barang bercukai yang dinilai itu dijual; atau

(c)

kepada seseorang pembeli pada tahap dagangan yang berbeza daripada pembeli barang bercukai yang dinilai itu dan dalam kuantiti yang berbeza daripada kuantiti barang bercukai yang dinilai itu dijual.

(3)

Bagi maksud menentukan nilai jualan barang bercukai yang dinilai di bawah subperaturan (1) atau (2), nilai urus niaga barang yang serupa hendaklah diselaraskan dengan menambah kepadanya atau menolak daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun untuk mengambil kira perbezaan dalam tahap dagangan pembeli barang yang serupa itu dengan barang bercukai yang dinilai itu atau kuantiti barang yang serupa itu dengan barang bercukai yang dinilai itu dijual atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika nilai urus niaga itu adalah berkenaan dengan barang yang serupa yang dijual di bawah mana-mana satu daripada syarat yang diperihalkan dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c), jika setiap amaun boleh, pada pendapat pegawai cukai jualan yang hak, ditentukan atas dasar maklumat yang mencukupi.

P.U. (A) 205 14

(4)

Jika berhubung dengan barang bercukai yang dinilai itu, terdapat dua nilai urus niaga atau lebih bagi barang yang serupa itu yang memenuhi semua kehendak yang dikenakan di bawah subperaturan (1), (2) atau (3), nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu hendaklah ditentukan atas asas nilai urus niaga itu yang terendah.

Nilai campuran sebagai nilai jualan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018