Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI FAEDAH KE ATAS PINJAMAN) 2020
Seksyen 4
Pendapatan kasar bank dan institusi kewangan
(1)
Tertakluk kepada syarat-syarat dalam peraturan 5, jika suatu moratorium diluluskan oleh suatu bank atau institusi kewangan berkenaan dengan apa-apa amaun faedah ke atas suatu pinjaman yang genap masa dan kena dibayar dari 1 April 2020
hingga 30 September 2020 dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, faedah itu tidak menjadi pendapatan kasar bank atau institusi kewangan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), jika apa-apa amaun faedah ke atas suatu pinjaman—
(a)
diterima dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020; atau
(b)
menjadi boleh diterima pada atau selepas 1 Oktober 2020, oleh bank atau institusi kewangan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, faedah itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
P.U. (A) 237 4
Syarat-syarat berhubung dengan pinjaman dan moratorium